Search This Blog

Wednesday 20 July 2011

Perjalanan sebuah pemikiran

  Salam kepada semua pembaca. Sering kali kita mendengar menegenai pemikiran. Adakah ianya subjektif atau objektif?. Mungkin ada jawapan dan mungkin tiada jawapan. Mungkin kita semua tidak mengetahui, bahkan aku sendiri tidak mengetahui perjalanan pemikiran bagi diri aku sendiri dan bahkan juga pada setiap manusia. Ialah, cuba kita bayangkan bagaimana proses pemikiran itu berjalan, kalau nak diikutkan, manusia berfikir dengan sangat pantas. sebagai contoh, anda tengok makanan yang ada didepan anda, mesti anda berpikir?makanan siapa? datang dari mana makanan ni? semuanya terlalu pantas tuk difikirkan. Jadi anda rasa perlu atau tidak manusia itu membataskan pemikirannya? tepuk dada tanya selera. Tapi macam mana pun, kenalah sentiasa meletakkan pemikiran itu dilandasan yang positif, dan yang paling penting anda perlu mengawal atau memandu pemikiran itu mengikut hiway atau landasan dia mcm landasan kereta api. Sebagai contoh, macam anda menunggang motor atau pandu keretalah. kalau anda tak kawal dgn sebaiknya, dah tentu-tentu menjunam ke longkang, paling tidak pun terbabas atau sesat. Jadi sebelum nak memandu pemikiran anda, anda perlu dapatkan lesen memandu akal (nasihat dari orang yang lebih tu atau buku-buku yang banyk manfaatnya). Barulah anda boleh memandu pemikiran anda dengan selamat. Tapi kene ingat janga sampai terlebih sangat. Yelah, nanti dah terlebih tu yang datangnya lumba haram (pemikiran berubah kepada negatif). 





  Bercakap mengenai Pemikiran, kenapa manusia suka menyalahkan bila buat sesuatu perkara tak habis pikir. Bukan apa, Kita nikan manusia  hamba yang lemah. begitu juga pemikiran kita yang sentiasa terbatas. Tapi kita kena ingat, bahawa untuk mewujudkan satu pemikiran yang baik banyak rintangannya. Kenalah sentiasa waspada, dapatkan tunjuk ajar dari orang lain, bekerjasama, barulah pemikiran yang lemah itu dapat dibantu. Cewah, dah macam ape plak aku bebel kat dalam ni. Tapi ape yang aku nak Persoalkan disini adalah. Bagaimana Perjalanan Pemikiran itu dapat mengharungi rintangan yang dihalang oleh emosi yang tak menentu. Susah beb, banyak benda yang bersangkut paut bila kita bercakap mengenai pemikiran. Aku sendiri pon tidak mengetahui pemikiran itu berjalan sebagaimana.Bila kita tak pikir panjang orang cakap kita tak da masa depan,tapi bila terlalu berpikiran jauh, orang cakap kita terlebih berangan. Urmh, entahlah pendapat korang masing-masingkan. Cume, aku rase sejauh mana kita ingin berpikir, tu terserah pada anda, silakan, cuma yang penting. Jangan sampai anda melanggar undang-undang tuhan dan meletakkan syariat itu dibelakang, tapi jadikanlah ia panduan agar pemikiran kita tidak terbabas dari landasan atau hiway tu. Sekian sahaja untuk kali ni, ada masa aku akan sambung untuk topik-topik atau tajuk-tajuk yang berkaitan pemikiran. Dan kepada semua pemikir jalanan, teruskan berfikir untuk menjalankan kehidupan anda dan sentiasa mensyukuri nikmat tuhan.




















No comments:

Post a Comment