Search This Blog

Wednesday 20 July 2011

Kehilangannya Yang Amat Dirasai.....

   Bila kita sebut pasal kehilangan, mesti orang akan libatkan ia dengan perpisahan. Tapi kita sering lupa bahawa kehilangan itu bukanlah bererti perpisahan,tapi ia adalah satu perkara yang perlu dilihat ke arah positif. Contohnya kita kehilangan benda yang kita sayang seperti keluarga, kekasih, sahabat dan benda-benda yang kita sayang. Memang perit, tapi itulah dugaannya untuk kita belajar dari kesilapan. Tapi, sebelum ini, aku berpegang pada perinisip "Belajar sebelum membuat kesilapan". Tapi ternyata aku tak mampu nak pertahankan prinsip itu sbb aku gagal. Tapi sekurangya tuhan masih sayang dekat aku sebab dia nak suruh aku belajar dari kesilapan aku, sebab tu dia bagi aku peluang.Kalau dia tak bagi aku peluang dah pasti aku ke laut jadinya. Tapi memanglah kehilangan tu amat pedih untuk dirasai. tapi kenelah jadi strong nak hadapi benda ni, sbb kalu kita lemah, kita akan terus dihina dan dipijak.Tapi macam mana pun aku tetap bersyukur dgn nikmat yang tuhan bagi selama ni, termasuklah nikmat sedih, nikmat gembira dan bahkan segala nikmat yang dia beri kat dunia ni. Jangan dinilai benda yang sedih tu sbg azab kesedihan dari tuhan tapi nilailah ia sebagai nikmat kesedihan dari tuhan sbb tuhan menginginkan kita untuk mencuba semua perkara. Macam kak Siti pernah cakap kat aku, sabo dik,tuhan tu bagi ujian kat kita  sbb dia sayang kat kita. Mummy (Ms. Law) lak cakap, you still young,when u get hurt, that will be a good experience to be apart for the journey of your life. Bang Mat lak cakap, istighfar bebanyak, kadang-kadang kita tak buat tapi tuhan nak bagi kita rasa supaya kita belajar tentang perkara tu. tapi kalau nak dipikirkan balik, terlalu banyak sebenarnya nikmat yang tuhan bagi kat kita. cume,sama ada ianya dimanfaatkan dijalan kebaikan atau sebaliknya... jadi teruskan berfikir tuk jalankan kehidupan anda dan jangan pernah berhenti untuk berfikir dan mensyukuri nikmat tuhan....




Jadi aku cadangkan kat korang sume, bacalah buku yang ada kt sebelah kiri monitor anda ini. Selepas tu anda bertanyalah pada diri anda 
" Tanyalah Aku, Sebelum Kau, Kehilangan Aku"






Dan dengarkan lagu ni, dan selami liriknya....

1 comment: