Search This Blog

Sunday 24 July 2011

Antara Hipokrit, Emosi Dan Egois...???

     Hipokrit... aku pun sbnrnye tak berapa pasti tentang maknanya, Tapi kenapa semua orang akan cakap kat orang lain "jangan jadi hipokrit". Oklah, kalau nak diikutkan, tapi ni pendapat akulah berdasarkan apa yang aku fikirkan. hipokrit ni lebih kepada kepura-puraan. maknanya dekat sini, Depan Lain, Dekat belakang lain... boleh dikatan cakap tak serupa bikin..haha... Tapi semua orang berhak tuk jadi hipokrit atau pon tidak. cume terserah pada penerimaan orang, sama ada dia  nak anggap ianya sebagi positif atau negatif. Kalau dilihat dari segi postif, sbg contoh. kenapa orang atau kawan kita suke menipu. Dan pada pandangan positif aku, aku rase dia cume tidak mahu untuk merasa rendah diri atau kecil hati yang mungkin boleh membawa kepada tindakan buruk seperti tertekan dan membawa kepada membunuh diri. Dan ini pula kalau dilihat dari segi negatif mungkin kita rasa diperbodohkan atau mungkin rasa ditipu. Cume kita kene igt manusia sentiasa melakaukan kesilapan. Dan perkara yang terbaik untuk penyelesaiannye ialah MAAF...Just Be positive to received everything and try to appreciate what we have.


     Ego atau egois sering dikaitkan dengan lelaki, bagaimana pula dengan wanita?, tapi apa makna egois dan apa puncanya?. mungkinkah sebab ingin kelihatan perfect pada pandangan mata orang lain or sebagainya.. Urmh, ego mmg tak dapat nk dinafikanlah sbb aku pon ada ego jugak.. Cume aku tak tahu dimana patut aku letakkannya..nak letak dikaki ker dikepala ke..??terserah pada akal aku dan korang sume untuk letakkan die dalam diri aku atau anda semua. Banyak benda yang boleh dilihat dari perspektif positif dan negatif dari sikap ego ni. Sebagai contoh, untuk yang positif, Bila dah ada jawatan dalam sebuah organisasi tu. Kadang kala sifat ego itu diperlukan untuk buat keputusan, kalau tak,macam mana kita nak dapat result untuk memacu arah sesuatu organisasi tu. Dan resultnyer bagus atau tidak terserah pada keputusan yang dibuat. dan Kalau nak diikutkan dari perspektif negatif, Ada yang sampai bercerai, ada yang putus tunang, ada yang bergaduh tak baik-baik smpi sekarang. Urmhh.. tp mcm mana pun, tepuk dada tanya selera pada diri anda tentang semua perkara tu.


  Emosi, Emosi sering dikaitkan dengan Emosi Terganggu.. hahaha.. Apa yang dikatakan emosi sebenarnya??, Kalau diikutkan makna saintifik, ia adalah kadar hormon dalam badan yang tak stabil. Tapi kalu ikutkan logikal nya, emosi ni mungkin disebabkan faktor perasaan yang tak menentu yang tak boleh ditampung dengan akal. Effect pada emosi ni banyak, ada yang positif dan negatif.. korang pikirkanlah sendiri yer... Apa pon yang penting, Terserah pada diri masing-masing tuk jadikan semua perkara kat atas tu membawa kepada result yang positif atau pon sebaliknya iaitu negatif.. lastly, Kepada Semua pemikir, Teruskan berfikir untuk menjalankan kehidupan anda dan sentiasa mensyukuri nikmat tuhan.




No comments:

Post a Comment