Search This Blog

Friday 3 February 2012

permulaan dan penamatnya... (episode 2)

   Selepas membalas msg pagi tu...kekerapan msg menjadi meningkat, selang esok mlmnyer, mamat tu dipelawa tuk menonton wayang bersama.. Ini merupakan kali kedua mereka hang out bersama,sambil ditemani rakannya, waktu tu..mamat tu disuruh tunggu di Danga Bay. Dan selepas tu, awek tu pon sampai lalu bergerak bersama ke panggung wayang, namun, boleh plak minah tu nak mintak singgah makan.. kiteorang pon heading to ikan bakar... Then, perut pon dh kenyang, pegilah menonton wayang entah ape tajuknyer ek??hehe..dah lupe plak, tp tiket wayang tu mamat tu simpan lagi smpi sekarang...then pas menonton wayang.. dier pon anta mamat tu blk kt danga bay sbb  mamat tu parking kete kat sane..tapikan moment yang paling mengejutkan mamat tu bila dia nak turun dr kete,minah tu pon salam lah tangan mamat ni...yang membuatkan mamat ni terkejut bila minah ni siap cium tangan mamat nih.....perrrrrrrrrrgggggggghhhhh, lulur jantung beb....mcm rase vibrat bile kene elektrik...hahaha,.dengan belagak macho mamt tu pon keluar dari kete dan cakap "selamat malam n take care,nti dah sampai msg ea bgtau"...
   
    Selepas itu, masing2x pon bergerak blk ke rumah masing2x...oppss2x!! citer mlm tu blum abes ag,mamat tu sempat jugak msg ag kt minah tu bertanyer dah smpi belum..then after that, Permulaan hari esoknyer menjadi semakin rancak... mesage semakin menjadi2x...hahaha...angaulah katakan,haha..selepas tu dalam mase yang singkat, kegentlemanan mamat tu pun terserlah...dier pon tnyelah,same ada dah ber boyfren belum???hahaha...then dia jawab,takde...bak kate P.Ramlee ("ada chance!")hehehe....usya punya usya dalam seminggu tu..tergerak plak ati mamat poyo ni nak berkawan lebih rapat lagi...atas persetujuan bersama tarikh keramat telah tercipta dengan secara rasminya..dan berbesar hati nak bagi semua orang cuti public waktu tu maklumlah labour day...haha...orang pun cuti, then for the 1st time meraka berkapel mamt tu pun pelawa dier breakfast bersama,ar itu adalah selepas mereka berkapel...kalau tak silap diaowg bersarapan dekat old town kopi house...sbb ape bleh igt??sebab mamat tu simpan resit tu smpi hari ini....hehehe...yang plg pelik seklai minah tu bleh order samosa,,,ape benda samosa tu?? mamat tu mana penah mkn makanan pelik2x...dier pon layankan ar,rupenyer sedap benda alah tu...then lepas tu pergi shoping watching muvie..dan walking aroound the town...
pastu heading blk ke rumah,pas jer dier dropkan aku kat umah,die pon blk ke rumah dier... mlm tu msing2x msg jer...sbb mamat tu nak kene blk tempat kije dier esok pagi,..

    keesokannyer, terkejut mamat tu bila dpt kol pukul lima pagi suh tunggu tepi jalan nak masuk hiway,igtkan dier memain jer...rupenyer minah tu bekalkan dier sarapan Roti bakar dan jus mangga yougurt,..terharu beb bila ada orang buat mcm tu...mamat tu pon ambil dan ucap terima kasih sambil bergerak ke tempat kije.. mse dlm kete tu rase terharu tu menjadi-jadi sampikan mamat tu menitiskan airmata sbb minah tu sanggup bangun pepagi semata-mata nak bekalkan sarapan...smpi jer mamat tu kat opis,masing2x terkejut sbb tak pernah mamat tu bwk bekal pegi kije...hahaha...senyum jerlah sbb kene bahan ngn kengkawan...hahaha... law nak tahu mamat tu memang hantu roti bakar...lepas jer mamat tu sarap kat pantry ngn opismate dier pun.....


to be continue~~~~

Wednesday 1 February 2012

Permulaan dan penamatnya...

     Setiap permulaan pasti ada penanmatnye. Tapi, sama ada penanamtnye itu yang baik atau sebaliknye...it's depend how ur face it...kadang2x setiap pemulaan yang indah akan berakhir dengan penamat yang pedih. tp kadang2x juga penamat yang indah itu akan bermula dgn yang pedih. Pedih dan sedih dua benda yang sangat contra. cume kadang2x, masa sahaja yang akan menyimpulkannya jawapannyer.

     Bermula dengan satu epik cerita yang sangat indah. Cerita dimana pertemuan bermula di gelanggang lumba kereta, Dan saat pertama melihatnyer, hati berdebar, gemuruh dan cuak...almaklumlah, pandangan pertama,
tp yang paling melucukan dimana seorang rakan memaksa untuk mengambil gambar mereka bersama, atas dasar sporting, mereka bergambar bersama. Indahanya tidak dapat digambarkan walaupun malu2x,tp sebenarnya hati gembira...itulah yang dikatakn berlakon macho...hehehe.. Lepas tu, selepas tamat perlumbaan itu, kami pun hang out ke kedai mamak untuk ngeteh sambil hilangkan dahaga...dan pada masa itu,pale otak sedang berpikir,apa point yang patut diucapkan...sbb time tu tgh blur...hahaha... lalu mamat poyo tu bertanya, ni no telipon awak ea???hahaha...die pon jawab a'ah yup..... ok2x,nti kite mesej2x jer ea...hehehe... kemudian masing2x pun beransur pulang, otw pulang tu,sempat jugak mamat poyo tu hantar msg, alar msg yang nak ucap thank jer,sbb hang out tgk lumbe kete sesame....hahaha...

    Esok muncul, trrett2x...msg inbox.. (Morning)... itu jer msg dr dier...aku pun balaslah.. (morning to u too)....hahah...simple jerkan...pastu die bleh tnyer (dh bgun?)... reply blk kt dier (lum tgh tdo ag).. die pon bls (abes tu sape yang bls msg?)...adoi yai, bls blk kat dier (owner dier lah maksudnyer dah bgunlah tu,law tak mcmne bleh bls msg..haha)....

to be continue>>>

Sunday 7 August 2011

Fenomena BanChau dan Oblong.....

 
     Mungkin ramai yang tidak mengetahui aper itu BanChau dan Oblong....seringkali kita selalu melihatnya tp kita tidak mengetahui apakah Banchau dan Oblong itu???...Dalam bulan puasa puasa yang mubarak ini, Fenomena Oblong dan bancau telah melanda Satu cahaya Masai...especially pada housemate aku, Ijam, Paap dan Jali termasuklah aku...lepas terawaih jer mesti cari pot banchau... Banchau telah diperkenalkan oleh Ijam yng membawa jali kepada terjerumus ke lembah fenomena bancau dan seterusnya membawa aku dan paap terlibat dalam fenomena banchau ini....Oh sungguh menyegarkan bila menikmati Banchau....


Inilah yang dikatakan banchau....

    Oblong pula menjadi kegilaan pada Paap Dan Ijam...Dua orang mamat nilah yang sering menarget oblong yang berada di bazar...Jali pula merupakan pengemar Oblong yang sejati...Apakah anda semua tahu apa itu oblong???. Oblong adalah sejenis makanan kegemaran setiap rakyat Malaysia.. Konsepnya seperti burger jugak, cume saiznya yang panjang yang mengundang selera setiap penggemarnya. Oblong mudah didapati debazar berhampiran anda, Kalu tak peercaya pergilah survey sendiri yer... Sekian saje untuk fenomena kali ini. Dan kepada semua pemikir,teruskan berfikir menjalankan kehidpuan anda dan sentiasa mensyukuri nikmat tuhan (p/s : paling penting jangan membazir dalam berbelanjer dibulan ramadhan yang baik ini)



Inilah Oblong yang menjadi kegilaan Paap, Ijam dan Jali.(terjebak aku skli)
peh sekali pandang kompon nak beli dan makan lagi.
Klau Ijam sekali ngadap kompom 2 biji..

Sunday 31 July 2011

Ramadhan tiba lagi....

         Pejam celik dah muncul lak ramadhan kali ini...cume dikesempatan ini aku nk mengucapkan salam ramdhan untuk semua umat islam yang ada di dunia ini.. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga apa yang kita ibadahkan dan kerjakan sentiasa mendapat keredhaan dan kebrkatan dibulan Ramadhan ini..  Pemikiran adalah asset untuk setiap manusia..pandulah ia agar ia sentiasa berada pada landasan dan jalan yang benar agar apa yang dikerjakan dan diibadahkan sentiasa beroleh rahmat dari Allah..so kepada semua pemikir, tunaikan kewajipan anda dan sentiasa berpikir tuk menjalankan kehidupan anda dan ibadah anda....lastly kite layan lagu yang penuh makna dalam menyambut ramadhan ini..enjoy the song and try to understand the lyrics..




Tuesday 26 July 2011

Kecilnye diri ini......




      Tiada nilainya doa seseorang hamba  itu sehingga mampu untuk Allah menolaknya, jika ia ikhlas dan menangis  serta bertaubat diatas sesalannya. Kerana perjalanan hidup itu terlalu indah untuk dicemari dengan tindakan yang bodoh tanpa berfikir. "Ya Allah, lindungilah setiap perjalanan hambamu yang sentiasa bersyukur dan redha dengan dugaan dan cabaran ini. Tenangkanlah hati kami agar kami sentiasa berada di atas landasanmu.. dan sentiasa menjadi pemikir yang berfikir ke jalanmu...,amin..."  :Jadi, biarlah setiap perkara itu dimulakan dgn berfikir. Sentiasa berfikir menjalankan hidup anda..dan sentiasa mensyukuri nikmat tuhan.... 



Sunday 24 July 2011

Antara Hipokrit, Emosi Dan Egois...???

     Hipokrit... aku pun sbnrnye tak berapa pasti tentang maknanya, Tapi kenapa semua orang akan cakap kat orang lain "jangan jadi hipokrit". Oklah, kalau nak diikutkan, tapi ni pendapat akulah berdasarkan apa yang aku fikirkan. hipokrit ni lebih kepada kepura-puraan. maknanya dekat sini, Depan Lain, Dekat belakang lain... boleh dikatan cakap tak serupa bikin..haha... Tapi semua orang berhak tuk jadi hipokrit atau pon tidak. cume terserah pada penerimaan orang, sama ada dia  nak anggap ianya sebagi positif atau negatif. Kalau dilihat dari segi postif, sbg contoh. kenapa orang atau kawan kita suke menipu. Dan pada pandangan positif aku, aku rase dia cume tidak mahu untuk merasa rendah diri atau kecil hati yang mungkin boleh membawa kepada tindakan buruk seperti tertekan dan membawa kepada membunuh diri. Dan ini pula kalau dilihat dari segi negatif mungkin kita rasa diperbodohkan atau mungkin rasa ditipu. Cume kita kene igt manusia sentiasa melakaukan kesilapan. Dan perkara yang terbaik untuk penyelesaiannye ialah MAAF...Just Be positive to received everything and try to appreciate what we have.


     Ego atau egois sering dikaitkan dengan lelaki, bagaimana pula dengan wanita?, tapi apa makna egois dan apa puncanya?. mungkinkah sebab ingin kelihatan perfect pada pandangan mata orang lain or sebagainya.. Urmh, ego mmg tak dapat nk dinafikanlah sbb aku pon ada ego jugak.. Cume aku tak tahu dimana patut aku letakkannya..nak letak dikaki ker dikepala ke..??terserah pada akal aku dan korang sume untuk letakkan die dalam diri aku atau anda semua. Banyak benda yang boleh dilihat dari perspektif positif dan negatif dari sikap ego ni. Sebagai contoh, untuk yang positif, Bila dah ada jawatan dalam sebuah organisasi tu. Kadang kala sifat ego itu diperlukan untuk buat keputusan, kalau tak,macam mana kita nak dapat result untuk memacu arah sesuatu organisasi tu. Dan resultnyer bagus atau tidak terserah pada keputusan yang dibuat. dan Kalau nak diikutkan dari perspektif negatif, Ada yang sampai bercerai, ada yang putus tunang, ada yang bergaduh tak baik-baik smpi sekarang. Urmhh.. tp mcm mana pun, tepuk dada tanya selera pada diri anda tentang semua perkara tu.


  Emosi, Emosi sering dikaitkan dengan Emosi Terganggu.. hahaha.. Apa yang dikatakan emosi sebenarnya??, Kalau diikutkan makna saintifik, ia adalah kadar hormon dalam badan yang tak stabil. Tapi kalu ikutkan logikal nya, emosi ni mungkin disebabkan faktor perasaan yang tak menentu yang tak boleh ditampung dengan akal. Effect pada emosi ni banyak, ada yang positif dan negatif.. korang pikirkanlah sendiri yer... Apa pon yang penting, Terserah pada diri masing-masing tuk jadikan semua perkara kat atas tu membawa kepada result yang positif atau pon sebaliknya iaitu negatif.. lastly, Kepada Semua pemikir, Teruskan berfikir untuk menjalankan kehidupan anda dan sentiasa mensyukuri nikmat tuhan.




Friday 22 July 2011

Usaha dan Putus Asa....di manakah penghujungnya...??

 




              OR
    


     


                                           



    Apa yang dikatakan usaha?. Dan apa pula yang dikatakan Putus Asa?. 
Sengaja aku bangkitkan persoalan ini untuk kita semua, supaya kita sebagai manusia sentiasa berfikir dan menilai sejauh mana usaha yang kita lakukan sehingga kita mampu untuk berdiri sehingga ke tahap ini. Namun, usaha bukanlah satu perkara yang mudah untuk setiap manusia di bumi ini untuk mencari penghujungnya. Namun sebagai manusia di muka bumi ini, kita sering mendengar falsafah, cerita dari orang dulu-dulu dan bahkan cerita dari nenek moyang kita yang mengatakan usaha adalah tangga kejayaan. Tapi dan di manakah penghujung pada usaha itu?. Sering kita melihat kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang hebat didunia yang sentiasa memberi alasan kejayaan mereka adalah dari usah mereka yang berterusan. Tapi persoalannya, dimanakah penghujungnnya?. Dan apa yang aku tahu, dan aku pasti, dan yang akan aku cari pada penghujung perjalanan kepada usaha aku adalah usaha mencari redha Illahi. 







   Namun, kemunculan putus asa memang tidak dapat dinafikan. Tapi sejauh mana iman merangkul tubuh dan jiwa untuk sentiasa berpegang pada usaha dalam mencari redhanya. Terserah pada teguhnya hati dalam mentadbir jiwa agar sentiasa kekal dan tidak terpesong pada jalan redhanya. Putus asa sering menjadi penghalang dalam mencipta satu kejayaan, ianya juga akan menjadi penghalang untuk menjana usaha yang berterusan. Namun, kehidupan itu akan menjadi lebih bermakna jika Berputus Asa itu diletakkan pada tempat yang betul. Contohnya berputus asa dalam melakukan kemaksiatan, kemungkaran dan berputus asa melakukan keburukan. Maknanya kat sini,kita letakkanlah perkara yang negatif tu At the end of the story and makesure we not repeat it again. Senang citer FULL STOP... apepon dalam membentuk usaha yang berterusan, Kenalah sentiasa alert dengan benda-benda sekeliling kita. Do not be hipokrit, but be flexible...then, sentiasa berfikir dan mensyukuri nikmat tuhan. And lastly, kepada semua pemikir jalanan, teruskan berfikir untuk menjalankan kehidupan anda. Dan sentiasa mensyukuri nikmat tuhan...